Ini merupakan aktiviti pertama BA TClub untuk tahun 2009, yang berpengkalan di bangunan BA, tingkat 3. Aktiviti telah dijayakan oleh elya, noraini dan konco2nya pada 16 januari 2009, pada hari jumaat. Di samping acara makan-makan, ia juga bertujuan untuk meraikan sahabat2 yang akan meninggalkan jabatan iaitu Mr. Johnny yang akan bercuti panjang serta Dr. Siti Fazlili dan Dr. Halina yang telah berpindah ke jabatan EC dan ME, masing2. Walau pun dah jauh di mata, tapi harap2 masih dekat di hati.
Dan yang paling penting sekali ialah, di celah-celah kesibukan bekerja, diharap jamuan ini dapat menjadi medium untuk para sahabat di SM bertemu dan berbincang aka bersembang jugak la, bagi memantapkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

Ini menu kita... untuk hari ini
jadi acara bersembang masih diteruskan...
Tak lupa juga untuk meraikan hari lahir ahli2 kelab untuk tahun 2009, termasuklah yang tahun lepas punye 2008 yang tak sempat diraikan. Nampaknya kena bagi 2 hadiah la ye.
Tibalah masa untuk acara dimulakan...
Acara dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada sahabat2 yang diraikan.
Kelihatan Dr. Yusri menyampaikan cenderahati kepada Dr. Siti Fazlili.
Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada Sahabat Johnny.
Soalan cepumas : Apa yang menggelikan hati orang kuat pantry nombor 2 tu?
Ucapan balas diberi tanda perpisahan sementara ini.
Dr. Halina tidak dapat hadir kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Apa yang Mr. Johnny bualkan dengan bos pantry tu...
Amna...tengah buat sambal belacan ke...
Dr. Yusri, Dr. Ahmad Kamal dan Sarah...iskh saya sorang je perempuan kat sini...malu lah....
Tengok.. sambal belacan saya buat tadi.... sedaplah..
Amna... nak sikit sambal belacan tadi...
Oooo makan tak tunggu kami ye...
Ha ah, betul lah... sedap sambal belacan Amna buat...
Mana nak duduk ni...tempat dah penuh la...

Takpe, makan la dulu... saya tengok aje dulu... Tak selera nak makan la... penat prepare itu ini...
Takpe, makan la dulu... saya tengok aje dulu... Tak selera nak makan la... penat prepare itu ini...






No comments:
Post a Comment