Al kisah di ketika aktiviti Gotong Royong Perdana...
Kami ahli BA3 TClub tak lepas dari menjalankan tanggungjawab untuk memastikan yang pantry kami di 5S kan. Saksikanlah kegigihan ahli-ahli kelab ini...Tukang ambil gambar pun gigih juga, tapi di belakang kamera. Ada kala, kamera diletakkan dan turut menghulurkan bantuan...
Selamat datang ke pantry kami di tingkat 3 bangunan pengurusan.
Ini gambar-gambar di pantry sebelum di 5S kan... Cerek kegemaran pencinta nescafe...
Maka operasi pun bermula lah...
Soalan cepumas : Siapa orang kuat pantry nombor 1...
Iskh apasal kerusi ni tak nak bergerak-gerak hah... gigit kang baru tau...
Iskh mana duit syiling atas lantai tadi... dah lesap pulak..

Elya, ke kiri la... Tak tak.. Dr. Rose la ke kanan...



Nak pegi curi tulang kejap la Dr. Rose...
Sori kak, saya tengah sibuk ambil gambar ni... tak sempat kot nak tolong...


Kita letak meja ni kat situ, lepas tu kerusi kat sini... iskh tak cantik la mcm tu, buat macam ni lah...tengah mengatur strategi...
Iskh tak puas hati la... macam mana duit syiling tu boleh hilang...


Student yg kebetulan lalu di situ ... telah dikerah sama... almaklumlah, kami kekurangan tenaga lelaki di sini
Madam...agak-agak boleh dapat markah bonus tak ... kami dah tolong ni...
Kami juga dibantu oleh pekerja berbaju oren ni...


Ini 6S ni... sorok....kat sini rupanye biskut kegemaran ku... dah lama cari..

Kat sini kot duit syiling tu...
Jap ..jap.. Kak Norhalena, saya nak check, ada tak duit syiling tu kat sini...
Haaa .. dah jumpa duit syiling... kat sini rupanye....
Sebenarnya, staf lelaki turut juga gigih mem 5S kan tempat lain seperti bilik kuliah dan kawasan umum. Terima kasih kepada Dr. Zolman, Liaw dan Amna.




Lay Sheng... you pulak la panjat... I dah gayat....



Ee tukang ambil gambar... udah2 la tu, mai la makan.
Eliz... bagi la saya satu.. saya nak jugak...
Bagus la elya.. boleh letak kat tabung pantry...
Jap..jap, nak rujuk buku manual 5S ni, kat mana nak letak kotak2 ni ha !
Tu la, orang suruh study awal2... tak nak. Hari ni baru nak baca...
Kak Eliz dulu2 hafal semua teknik2 5S ni, sekarang dah lupa pulak...
Ini soalan cepumas lagi : Berapa kali Kak Norhalena kelihatan bercekak pinggang?Jangan marah ye kak... gurau je...
Nak tau tak....Ahli TClub turut mengembangkan sayap perkhidmatannya ke tempat2 lain seperti bilik kuliah dan bilik sumber...
Sebenarnya, staf lelaki turut juga gigih mem 5S kan tempat lain seperti bilik kuliah dan kawasan umum. Terima kasih kepada Dr. Zolman, Liaw dan Amna.
Kat mana nak letak meja ni ....
Kemas kelas cantik2 pun, kejap lagi mesti bersepah balik... student mana reti duduk diam...
Kak fadhilah... macam mana boleh sesat kat sini... bukan tadi ada kat pantry ke...
Ini di bilik sumber pulak....Kelihatan bos 5S bersama orang kuat pusat sumber....
Iskh... tak pasal2 kena panjat....
Kak Lili...atas sikit, kanan sikit....tak kiri sikit...eh tak bawah sikit....
Keluarkan la laci2 tu... senang sikit nak angkat nanti...
Tadi kena panjat, ni kena angkat mengangkat pulak...
Takpe Kak Lili, dia orang dah keluarkan laci tu... ringan je ni....
Akhirnya... setelah penat bekerja.... masa yang dinanti2kan telah tiba... iaitu masa makan...
Nasi ayam sponsor...dari penaja. Begitu tekun sekali menikmati juadah.
Mana lelaki2 lain ni... saya sorang je, malu la...
Ee tukang ambil gambar... udah2 la tu, mai la makan.
Soalan cepumas terakhir : Tukang ambil gambar tu makan ke tak lepas ni...
Maka jadilah pantry kami, bilik sumber kami dan tingkat 3 ni.... yang terindah, tercantik, terbersih, paling 5S di hati kami...
Maka jadilah pantry kami, bilik sumber kami dan tingkat 3 ni.... yang terindah, tercantik, terbersih, paling 5S di hati kami...
Seandainya ada tersilap kata ... saya memohon maaf ye.....
Kebanyakan dialog adalah rekaan semata2... jangan marah ye....
THE END
No comments:
Post a Comment